Sawadeekapppp! Second day at Krabi. Harini bangun awal, pukul 6 lebih dah bangun. Sebab tak boleh nak tidur sangat, tempat baru kan. Pagi tu kitorang siap2 and just breakfast roti dengan tuna je dekat bilik. Hotel kitorang book tak include breakfast.
Pukul 8.30 ktorang tunggu dekat lobby sebab driver akan ambil kitorang untuk Island Hoping. Tour guide kat sini memang ambil tourist dekat each hotel. Dah termasuk dalam pakej. Kitorang naik van pegi pantai nak naik speed boat untuk Phi Phi Tour. Masa sampai dekat pantai ni, ramai dah orang kat situ. Lepas bayar National Park Fees THB400, kitorang dapat hand band warna pink, setiap group lain2 warna. So, korang kene stay dekat group masing2 and ikut tour guide korang.
| Remember, see you today, not tomorrow! |
Tour guide kitorang kata nama dia Angry Bird. haha. kata je English Tour Guide. tapi ada slang Thai. Ada kadang2 tak paham apa dia cakap. And dia cukup tekan kan, See you today, not tomorrow. Haha. Maknanya dia taknak ada yang tertinggal dekat pulau, and next boat akan datang esok nya. =p
Untuk Trip ni kita akan pergi 7 pulau, tapi bukan la turun kat setiap pulau pun. Kitorang turun dekat 3 pulau je, 2 kali snorkeling and 2 sightseeing. First pulau is Bamboo Island . SubhanAllah, cantik betul colour air dia. Tapi walau pun masih pagi, cuaca panas bak hang.
![]() |
| Air dia. Masya Allah. |
![]() |
| Jejak jer pasir, fuh halus mulus. |
Dekat sini , diorang bagi 45 minit untuk tangkap2 gambar and mandi manda. Waktu ni, mat2 minah2 salleh dah start bukak2 baju dah. Hmm.. sedap le laki2 cuci mata. Tapi makin lama, makin banyak boat datang, and sekejap je tempat tu rasa crowded dah. Bayang kan, boat aku je dah 35 orang, kalau sekali 10 boat dekat pulau tu..? *nanges*
| Bamboo Island. Masa ni baru berapa boat je dtg |
Next pulau, kita pergi Viking Cave, seightseeing jer, tengok tempat orang ambil sarang burung layang2. sekejap je. Masa dalam boat, tour guide bagi kek pandan as snack. Air mineral boleh ambil as much as you want.
| Viking Cave |
![]() |
| Nah tengok ramai kan? |
| Nak feeling Titanic kejap |
Ok next, kitorang berhenti kat tengah laut untuk snorkeling. Aku tak turun pun. Mr. F je turun. Disebabkan boat ni besar, tak terasa pun dia bergoyang, so takde lah pening macam kita naik boat2 kecik tu kan. Nothing much Mr. F kata. Tak banyak ikan pun. Dissapointed lagi.
After that, ktorang pergi ke Monkey bay. tak turun boat pon. just berhenti tepi cerun (eh!) and ada monyet gayut 2,3 ekor. aku like what?! ini ke Monkey bay? setakat tengok monyet camni. Batu Caves banyak kot. Mat saleh selfie, tangkap gambar. aku seriously tak heran langsung.
Next stop. yeay. kita ke Phi Phi Island untuk lunch. Sini lagi boat crowded. kau bayang kan penuh boat kat tepi pantai tu but boat aku stil undur nak parking kat pantai. aku dah cuak dah. Sebab few weeks before aku pegi, ada boat terbakar dekat krabi. Yelah, mana kau nak parking, penuh oi. Guest what? dia still undur, and few anak boat lompat ke boat sebelah and diorang tolak boat tepi tu untuk kitorang punya boat space. Wow! Terbaik cara parking boat diorang.
Sampai Phi Phi Island, dia bagi masa 1jam 30minit untuk makan and mandi kat situ. Pantai sini cantik juga. Kat sini pun ada resort and macam penempatan sikit.Lunch secara buffet. So kita boleh ambil banyak mana kita nak. Ada nasi and 5 lauk. And spageti bolognese. Buah nenas and tembikai. Air kosong and coffee.Serius sedap wei. ( ke aku yang terlebih lapar?)
![]() |
| Jangan risau, Halal. |
Kat sini ada kedai jual cenderahati. Alah, barang sama je macam kat pantai Krabi but a bit pricey. Kat sini jugak ada jual buah2 and aiskrim kelapa. satu cup THB 50. sedap makan waktu matahari mencanak atas kepala.
Aku tengok penjual sini semua pakai tudung , so takde lah kita ragu2 nak beli makanan kan.
Ok last stop, boat berhenti dekat satu tempat snorkeling, rupanya dekat je dengan pulau first pegi tadi.ceh! Hmm..ada la sikit ikan. Again, tak heran pun kalau tak turun.haha
| Aiskrim kelapa. Must try. Sori pic gelap, berteduh sebab panas lit2! |
| Konfius jugak ni bas ke lori ke. |
Balik je pantai, ingat just nak beli makanan ringan and nak rehat dalam bilik dulu. Last terbeli makanan harga mcm makan dinner, haha! nak dekat THB300 utk teh ais 2, pad thai and bihun sup yang tak sedap. plus pulut mangga.
Lepas makan terus balik hotel rehatkan diri. Malam pukul 8 lebih macam tu baru kitorang keluar. Malam ni kitorang just jalan dekat kedai sepanjang tepi pantai sambil survey2 tshirt and cenderahati. Jauh juga aku jalan tapi sebab asyik dengan cuci mata, tak sedar dah jalan jauh. Nak patah balik tu baru rasa jauh.
Masa ni dah pukul 10. Ayam2 da mula keluar. Haha. Yang ni pun aku excited nak tengok. Pondan2 mak datuk punya cantik, macam ala2 model. Pakai baju macam ratu cantik. Siapa nak bergambar dengan diorang boleh, lepas tu dia minta tips. Diorang lebih target Mat Salih , maklum lah rate duit diorang lagi banyak. Easy money bebeh! Aku awal2 dah tahu benda ni, aku lari la bila dia datang dekat. Sekali dia pegang tangan Mr. F. "Come come take picture". Cuak Mr. F. Dia kata kuat oh dia pegang. Jantan la katakan. Haha!
Then , apa lg, MASSAGE time! THB250 untuk kaki and kepala+leher.
![]() |
| Sedap oii! nak tertido rasa. |
Lepas tu baru lah boleh tido dengan tenang..hehe
See you next entry. Day 3 Krabi.
So long !





No comments:
Post a Comment