Sunday, 25 March 2018

BERCUTI KE KRABI 2018 ( DAY 2 )

Assalam dan hi!

Sawadeekapppp! Second day at Krabi. Harini bangun awal, pukul 6 lebih dah bangun. Sebab tak boleh nak tidur sangat, tempat baru kan. Pagi tu kitorang siap2 and just breakfast roti dengan tuna je dekat bilik. Hotel kitorang book tak include breakfast.

Pukul 8.30 ktorang tunggu dekat lobby sebab driver akan ambil kitorang untuk Island Hoping. Tour guide kat sini memang ambil tourist dekat each hotel. Dah termasuk dalam pakej. Kitorang naik van pegi pantai nak naik speed boat untuk Phi Phi Tour. Masa sampai dekat pantai ni, ramai dah orang kat situ. Lepas bayar National Park Fees THB400, kitorang dapat hand band warna pink, setiap group lain2 warna. So, korang kene stay dekat group masing2 and ikut tour guide korang.

Remember, see you today, not tomorrow!


Tour guide kitorang kata nama dia Angry Bird. haha. kata je English Tour Guide. tapi ada slang Thai. Ada kadang2 tak paham apa dia cakap. And dia cukup tekan kan, See you today, not tomorrow. Haha. Maknanya dia taknak ada yang tertinggal dekat pulau, and next boat akan datang esok nya. =p

Untuk Trip ni kita akan pergi 7 pulau, tapi bukan la turun kat setiap pulau pun. Kitorang turun dekat 3 pulau je, 2 kali snorkeling and 2 sightseeing. First pulau is Bamboo Island . SubhanAllah, cantik betul colour air dia. Tapi walau pun masih pagi, cuaca panas bak hang.

Air dia. Masya Allah.
Jejak jer pasir, fuh halus mulus.

Dekat sini , diorang bagi 45 minit untuk tangkap2 gambar and mandi manda. Waktu ni, mat2 minah2 salleh dah start bukak2 baju dah. Hmm.. sedap le laki2 cuci mata. Tapi makin lama, makin banyak boat datang, and sekejap je tempat tu rasa crowded dah. Bayang kan, boat aku je dah 35 orang, kalau sekali 10 boat dekat pulau tu..? *nanges*

Bamboo Island. Masa ni  baru berapa boat je dtg


Next pulau, kita pergi Viking Cave, seightseeing jer, tengok tempat orang ambil sarang burung layang2. sekejap je. Masa dalam boat, tour guide bagi kek pandan as snack. Air mineral boleh ambil as much as you want.

Viking Cave




 Lepas tu direct pegi Maya Bay. Yang ni diorang sibuk promote as tempat shooting Leonardo dedulu "The Beach". Aku pun tak tengok citer tu. Tapi sini punya pasir Masha Allah, halus gila. TAPI! punya la crowded dengan manusia. Masa kat sini dia bagi 45 minit jugak. Beach dia kecik jer. Lepastu penuh dengan boat. Ada ruang sikit kat tepi dia memang khas kan untuk orang mandi. Kitorang idok le nak mandi ramai2 gitu. Kitorang mampu berhuhu je lah sambil makan kuaci dekat bawah pokok.

Nah tengok ramai kan?

Since Maya Bay ni mcm taman negara (nak masuk sini la kene bayar National Park tu), ada mamat Thai approach kitorang minta rate kan pasal pulau ni. Of course aku bagi rating rendah, haha, sebab orang crowded sgt. Since terlalu banyak umat, macam mana nak tengok kecantikan pulau dia, automatik rate untuk pulau tu pun rendah! Sorry Leonardo.

Nak feeling Titanic kejap

Ok next, kitorang berhenti kat tengah laut untuk snorkeling. Aku tak turun pun. Mr. F je turun. Disebabkan boat ni besar, tak terasa pun dia bergoyang, so takde lah pening macam kita naik boat2 kecik tu kan. Nothing much Mr. F kata. Tak banyak ikan pun. Dissapointed lagi.

After that, ktorang pergi ke Monkey bay. tak turun boat pon. just berhenti tepi cerun (eh!) and ada monyet gayut 2,3 ekor. aku like what?! ini ke Monkey bay? setakat tengok monyet camni. Batu Caves banyak kot. Mat saleh selfie, tangkap gambar. aku seriously tak heran langsung.

Next stop. yeay. kita ke Phi Phi Island untuk lunch. Sini lagi boat crowded. kau bayang kan penuh boat kat tepi pantai tu but boat aku stil undur nak parking kat pantai. aku dah cuak dah. Sebab few weeks before aku pegi, ada boat terbakar dekat krabi. Yelah, mana kau nak parking, penuh oi. Guest what? dia still undur, and few anak boat lompat ke boat sebelah and diorang tolak boat tepi tu untuk kitorang punya boat space. Wow! Terbaik cara parking boat diorang.

Sampai Phi Phi Island, dia bagi masa 1jam 30minit untuk makan and mandi kat situ. Pantai sini cantik juga. Kat sini pun ada resort and macam penempatan sikit.Lunch secara buffet. So kita boleh ambil banyak mana kita nak. Ada nasi and 5 lauk. And spageti bolognese. Buah nenas and tembikai. Air kosong and coffee.Serius sedap wei. ( ke aku yang terlebih lapar?)

Jangan risau, Halal.

Kat sini ada kedai jual cenderahati. Alah, barang sama je macam kat pantai Krabi but a bit pricey. Kat sini jugak ada jual buah2 and aiskrim kelapa. satu cup THB 50. sedap makan waktu matahari mencanak atas kepala.
Aku tengok penjual sini semua pakai tudung , so takde lah kita ragu2 nak beli makanan kan.

Ok last stop, boat berhenti dekat satu tempat snorkeling, rupanya dekat je dengan pulau first pegi tadi.ceh! Hmm..ada la sikit ikan. Again, tak heran pun kalau tak turun.haha

Aiskrim kelapa. Must try. Sori pic gelap, berteduh sebab panas lit2!
Ok done Island Hoping. Balik hotel naik van besar panjang macam kat bawah. Lebih kurang pkul 4.30 sampai la kat hotel.
Konfius jugak ni bas ke lori ke.

Balik je pantai, ingat just nak beli makanan ringan and nak rehat dalam bilik dulu. Last terbeli makanan harga mcm makan dinner, haha! nak dekat THB300 utk teh ais 2, pad thai and bihun sup yang tak sedap. plus pulut mangga.

Lepas makan terus balik hotel rehatkan diri. Malam pukul 8 lebih macam tu baru kitorang keluar. Malam ni kitorang just jalan dekat kedai sepanjang tepi pantai  sambil survey2 tshirt and cenderahati. Jauh juga aku jalan tapi sebab asyik dengan cuci mata, tak sedar dah jalan jauh. Nak patah balik tu baru rasa jauh.

Masa ni dah pukul 10. Ayam2 da mula keluar. Haha. Yang ni pun aku excited nak tengok. Pondan2 mak datuk punya cantik, macam ala2 model. Pakai baju macam ratu cantik. Siapa nak bergambar dengan diorang boleh, lepas tu dia minta tips. Diorang lebih target Mat Salih , maklum lah rate duit diorang lagi banyak. Easy money bebeh! Aku awal2 dah tahu benda ni, aku lari la bila dia datang dekat. Sekali dia pegang tangan Mr. F. "Come come take picture". Cuak Mr. F. Dia kata kuat oh dia pegang. Jantan la katakan. Haha!

Then , apa lg, MASSAGE time! THB250 untuk kaki and kepala+leher.

Sedap oii! nak tertido rasa.

 Lepas tu baru lah boleh tido dengan tenang..hehe

See you next entry. Day 3 Krabi.

So long !

Saturday, 3 February 2018

BERCUTI KE KRABI 2018 ( DAY 1)


Assalam dan hi!

Yeay, mission accomplished! Honeymoon dengan Mr. F ke Krabi. Actually this is our first oversea trip as husband and wife. Sebelum ni pegi dalam Malaysia je. Kitorang pergi 29 Jan hingga 1 Feb 2018. Haa.. fresh lagi kan cerita aku ni.



Untuk entry Krabi ni aku nak pecahkan kepada 2 or 3 bahagian cerita. Ye lah, kalau combine semua jadi satu, mau nya berjela entry aku ni. 

Before pergi lagi aku dah survey blog blog yang bercerita pasal trip ke Krabi. But aku banyak baca yg trip tahun 2017 je. And sikit 2016. Tak kira la blog in Malay ke English, asalkan diorang dari Malaysia, memang aku baca. Sebab nak banyak kan tips and buat bajet berapa yang diperlukan. So, sebelum pergi tu memang dah rancang awal2 bajet and iternary dekat sana. And aku akan compare kan sikit2 apa yang aku baca dengan apa yang aku sendiri alami. Gittieww!

Untuk flight tiket, aku memang dah beli masa promo AA March 2017 lagi. Fuh, lama betul lah baru boleh fly. Hotel pulak aku book 3 bulan sebelum fly. Lepas survey2, aku pun pilih Aonang Top View Hotel. Sebabnya hotel ni memang dekat dengan pantai, jalan 100m jer dah sampai pantai. 

Ok. utk first day, flight ktorang pkul 5 petang. Cis, nama je first day. Tapi dah nak malam baru sampai Krabi. Waktu kat sana lambat sejam Ok. So, korang jangan lupa ubah waktu jam korang, or biasa phone akan auto ikut waktu kita dekat timezone mana kan.

Masa dalam flight , kakak baju merah dah bagi borang kecil untuk serah kat imegresen Thailand, so isi siap2 supaya tak lambat nak thru imegresen nanti. Macam kitorang, walaupun aku dah khatam blog trip Krabi, boleh pulak aku lupa pasal benda alah ni, and to the worst, tak bawak pen lak tu! Nasib baik masuk je airport tu memang ada tempat khas untuk isi borang tu, tapi kene la tunggu turn untuk guna pen.

Lepas da thru imegresen, Welcome to Krabi!

Keluar je arrival hall tu, terus ada yang memanggil manggil nak offer service. Sebelum ni, bloggers lain kata beli simkad telco DTac untuk pelancong, tapi bila aku try cari tak jumpa pulak. Jadi pegi je lah satu kaunter hijau ni, betul2 depan arrival gate tu terus je. Adik tu boleh cakap Melayu, so dia kata THB 100 je unlimited internet ,nak call baru kene topup . Wah, biar betul. Murah diknon. Terus aku beli. haha. Nama telco ni AIS, tema warna hijau. And yes sepanjang 4 hari kat sana memang boleh pakai unlimited siap buat hotspot dengan Mr. F. Dekat hutam emerald pool tu pun dia cover. Cuma dekat certain pulau je tak ada service. 

Telco AIS for traveller

Diorang tolong masukkan simkad baru and aktifkan. Kat situ jugak dah boleh guna internet. Wohoo!
Perhatian ye, simkad Malaysia kita dia tampal kat belakang fon tau. Dia tak bagitahu and aku pun lupa. Dah on the way ke Aonang baru teringat, nak nangis aku kalau betul2 tertinggal kat sana. Masa nak bukak casing baru ternampak dekat belakang fon, dia tampal simkad tu dengan salotape.*sigh*

Lepas beli simkad baru kitorang ke kaunter tiket transport ke Krabi. Dekat situ ada 3 kaunter yang tawarkan untuk pegi Aonang. Since kitorang ni berdua je, kami ambil van yang campur2 tu ke Aonang. Tiket THB 150 seorang. Untuk trip ni, syukur Alhamdullilah kebanyakan budget yang bloggers lain cakap tu still same price masa aku pegi. Masa nak naik van tu, just cakap je nama hotel and dia akan hantarkan kitorang ke hotel masing2.

Aku suka van dia, rasa macam van VIP gitu.

Sampai Aonang dah pukul 7, terus kitorang menapak ke Aonang Top View. Sebelum pergi aku dah guna google street view untuk tengok jalan hotel ni. Tapi since dia ke dalam sikit, so tak nampak lah dekat google. Masa hari kejadian, terkejut jugak la sebab hotel tu kene naik bukit sikit. Worst lagi, aku dapat bilik tingkat 4! Takda lift oi! Gigih la aku 4 hari turun naik tingkat 4. Tapi saiz bilik ok, selesa. Ada aircond dan kipas. Ada balkoni boleh sidai baju. TV dia kadang ada suara, kadang bisu. haha. takpa lah, aku bukan datang nak tengok TV pun kan. Basic facility ok lah. Tapi tak sedia kettle and iron. Nak air panas kene pergi minta dekat hotel kitchen kat bawah. Iron memang takda , tapi pihak hotel boleh hantar kan ke laundry untuk iron, berapa tah harga, tak ingat. So, tudung aku memang tak ber'iron' lah masa dekat sana.

sumber google. bukan bukit ni yang aku ckap kan..
sebelum ni ada real bukit. ah korang pegi tengok sendiri =P


Lepas dah siap rehat semua ktorang turun balik dalam pkul 8 lebih gitu. Kitorang nak dinner and cari package untuk next2 day. Bloggers lain kata makanan dekat area beach lebih mahal compare to area masjid Aonang. And yes, betul. So kitorang nak cari makan memang arah bertentangan dengan pantai. Dekat 800m jugak lah berjalan nak cari kedai makan yang ada tanda halal. Sambil2 tu mata jeling2 package tour dengan massage yg ada dekat sepanjang jalan.




Malam tu kitorang pilih untuk makan dekat restoran Firdaus. Aku memang bajet nak makan goreng2 jer malam tu. So order la nasi goreng seafood dengan nasi goreng tomyam. Air lak jus epal dengan air kelapa. Not bad la rasa dia, biasa je mcm rasa makan kat Malaysia. haha. Total makanan THB320.

Lepas makan kitorang sambung lagi jalan lagi ke depan nak cari pakej tour. Kitorang da set in mind nak carik orang yang bertudung jual pakej tu. Ada la 3,4 booth kitorang singgah. Lastly sampai kat depan restoran Number 1. Ada sorang adik ni cakap melayu kelantan. Harga Phi Phi Island THB900 tak masuk National Park fee THB400. And kitorang ambil sekali pakej Emerald Pool THB700. Since kitorang ambil 2 pakej, aku minta la kurang sikit. Dapat kurang THB100. So 2 pakej tu THB1500 exclude national park fee yg kene bayar masa nak naik boat nanti.



Dekat restoran number 1 ni aku ternampak lak mamat ni tengah buat pancake. Adoi. pancake makanan benda yang aku paling nanti kan untuk datang ke Krabi ni. Order lah banana nutella satu dengan harga THB50. Rasa not bad, rangup. Tapi kene makan panas2, kalau dah sejuk, alamat nya macam kau makan roti canai sejuk je la jawap nya.haha!

Banana + Nutella Pancake


Next, kitorang terjah 7Eleven dengan family mart pulak. Macam2 ada wei. Kitorang nak beli adapter sbb tak bawak dari Malaysia and Mr. F pula tertinggal USB iphone dia. So beli lah set charger THB199. Berbaloi gak beli set ni. Tahun lepas masa kat Bangkok aku beli adaptor je dah THB200 kot. Lepas tu nampak pulak pencuci muka and syampoo kecik2 comey jer, beli lagi. Nampak susu pisang, beli lagi. 7E dia berlambak wei. Balik hotel , Mr. F terjumpa pulak wire USB dia, ingatkan tak bawak. So dia kata nak pergi pulangkan la set charger tu. Tapi satu je soalan aku tanya dia " U ingat ke 7E yang mana satu kita pegi beli tadi?" =.=*

ini la set charger dia. ada USB utk android, usb iphone, Thai adapter and car charger 

Ok done aktiviti hari first. balik hotel menapak sampai tingkat 4 then rehat kan diri.

Krabi 2nd Day and 3rd Day.


So long!



Sunday, 21 January 2018

Si Pencuri Nama

Assalam dan hai!

Again, setelah beberapa tahun, aku bukak lagi page ni.. And guest what? Masa aku google Lady Gugurl, keluar pulak blog lain.. And also, page tu macam sensored sikit. Cis! rasa macam tercalar pulak image kita ni kan..

So, since nowadays aku rajin search around, plus aku pun dah kahwin, aku tukar la segala jenis mak nenek yg ada dalam blog ni, system, layout, name, and URL blog pun aku tukar. Taknak lah aku sama nama dengan perempuan tah mana tu.. AND its not ME ok! Takda makna nya aku nak buat semua benda tu.

TARAAAA.. new name as for me. Mrs Anne. yes nama depan aku huruf N, so ni kira macam re-branding lah ni.. chewah..


Bila tengok blog orang kan, rasa best nya nak tulis blog sendiri, tapi bila time nak menulis tu. alahai, bukan nya rajin pun -.-*

*Tarik nafaas*

Phew!

So long!