Assalam dan hi!
Yeay, mission accomplished! Honeymoon dengan Mr. F ke Krabi. Actually this is our first oversea trip as husband and wife. Sebelum ni pegi dalam Malaysia je. Kitorang pergi 29 Jan hingga 1 Feb 2018. Haa.. fresh lagi kan cerita aku ni.
Untuk entry Krabi ni aku nak pecahkan kepada 2 or 3 bahagian cerita. Ye lah, kalau combine semua jadi satu, mau nya berjela entry aku ni.
Before pergi lagi aku dah survey blog blog yang bercerita pasal trip ke Krabi. But aku banyak baca yg trip tahun 2017 je. And sikit 2016. Tak kira la blog in Malay ke English, asalkan diorang dari Malaysia, memang aku baca. Sebab nak banyak kan tips and buat bajet berapa yang diperlukan. So, sebelum pergi tu memang dah rancang awal2 bajet and iternary dekat sana. And aku akan compare kan sikit2 apa yang aku baca dengan apa yang aku sendiri alami. Gittieww!
Untuk flight tiket, aku memang dah beli masa promo AA March 2017 lagi. Fuh, lama betul lah baru boleh fly. Hotel pulak aku book 3 bulan sebelum fly. Lepas survey2, aku pun pilih Aonang Top View Hotel. Sebabnya hotel ni memang dekat dengan pantai, jalan 100m jer dah sampai pantai.
Ok. utk first day, flight ktorang pkul 5 petang. Cis, nama je first day. Tapi dah nak malam baru sampai Krabi. Waktu kat sana lambat sejam Ok. So, korang jangan lupa ubah waktu jam korang, or biasa phone akan auto ikut waktu kita dekat timezone mana kan.
Masa dalam flight , kakak baju merah dah bagi borang kecil untuk serah kat imegresen Thailand, so isi siap2 supaya tak lambat nak thru imegresen nanti. Macam kitorang, walaupun aku dah khatam blog trip Krabi, boleh pulak aku lupa pasal benda alah ni, and to the worst, tak bawak pen lak tu! Nasib baik masuk je airport tu memang ada tempat khas untuk isi borang tu, tapi kene la tunggu turn untuk guna pen.
Lepas da thru imegresen, Welcome to Krabi!
Keluar je arrival hall tu, terus ada yang memanggil manggil nak offer service. Sebelum ni, bloggers lain kata beli simkad telco DTac untuk pelancong, tapi bila aku try cari tak jumpa pulak. Jadi pegi je lah satu kaunter hijau ni, betul2 depan arrival gate tu terus je. Adik tu boleh cakap Melayu, so dia kata THB 100 je unlimited internet ,nak call baru kene topup . Wah, biar betul. Murah diknon. Terus aku beli. haha. Nama telco ni AIS, tema warna hijau. And yes sepanjang 4 hari kat sana memang boleh pakai unlimited siap buat hotspot dengan Mr. F. Dekat hutam emerald pool tu pun dia cover. Cuma dekat certain pulau je tak ada service.
![]() |
| Telco AIS for traveller |
Diorang tolong masukkan simkad baru and aktifkan. Kat situ jugak dah boleh guna internet. Wohoo!
Perhatian ye, simkad Malaysia kita dia tampal kat belakang fon tau. Dia tak bagitahu and aku pun lupa. Dah on the way ke Aonang baru teringat, nak nangis aku kalau betul2 tertinggal kat sana. Masa nak bukak casing baru ternampak dekat belakang fon, dia tampal simkad tu dengan salotape.*sigh*
Lepas beli simkad baru kitorang ke kaunter tiket transport ke Krabi. Dekat situ ada 3 kaunter yang tawarkan untuk pegi Aonang. Since kitorang ni berdua je, kami ambil van yang campur2 tu ke Aonang. Tiket THB 150 seorang. Untuk trip ni, syukur Alhamdullilah kebanyakan budget yang bloggers lain cakap tu still same price masa aku pegi. Masa nak naik van tu, just cakap je nama hotel and dia akan hantarkan kitorang ke hotel masing2.
| Aku suka van dia, rasa macam van VIP gitu. |
Sampai Aonang dah pukul 7, terus kitorang menapak ke Aonang Top View. Sebelum pergi aku dah guna google street view untuk tengok jalan hotel ni. Tapi since dia ke dalam sikit, so tak nampak lah dekat google. Masa hari kejadian, terkejut jugak la sebab hotel tu kene naik bukit sikit. Worst lagi, aku dapat bilik tingkat 4! Takda lift oi! Gigih la aku 4 hari turun naik tingkat 4. Tapi saiz bilik ok, selesa. Ada aircond dan kipas. Ada balkoni boleh sidai baju. TV dia kadang ada suara, kadang bisu. haha. takpa lah, aku bukan datang nak tengok TV pun kan. Basic facility ok lah. Tapi tak sedia kettle and iron. Nak air panas kene pergi minta dekat hotel kitchen kat bawah. Iron memang takda , tapi pihak hotel boleh hantar kan ke laundry untuk iron, berapa tah harga, tak ingat. So, tudung aku memang tak ber'iron' lah masa dekat sana.
![]() |
| sumber google. bukan bukit ni yang aku ckap kan.. sebelum ni ada real bukit. ah korang pegi tengok sendiri =P |
Lepas dah siap rehat semua ktorang turun balik dalam pkul 8 lebih gitu. Kitorang nak dinner and cari package untuk next2 day. Bloggers lain kata makanan dekat area beach lebih mahal compare to area masjid Aonang. And yes, betul. So kitorang nak cari makan memang arah bertentangan dengan pantai. Dekat 800m jugak lah berjalan nak cari kedai makan yang ada tanda halal. Sambil2 tu mata jeling2 package tour dengan massage yg ada dekat sepanjang jalan.
Malam tu kitorang pilih untuk makan dekat restoran Firdaus. Aku memang bajet nak makan goreng2 jer malam tu. So order la nasi goreng seafood dengan nasi goreng tomyam. Air lak jus epal dengan air kelapa. Not bad la rasa dia, biasa je mcm rasa makan kat Malaysia. haha. Total makanan THB320.
Lepas makan kitorang sambung lagi jalan lagi ke depan nak cari pakej tour. Kitorang da set in mind nak carik orang yang bertudung jual pakej tu. Ada la 3,4 booth kitorang singgah. Lastly sampai kat depan restoran Number 1. Ada sorang adik ni cakap melayu kelantan. Harga Phi Phi Island THB900 tak masuk National Park fee THB400. And kitorang ambil sekali pakej Emerald Pool THB700. Since kitorang ambil 2 pakej, aku minta la kurang sikit. Dapat kurang THB100. So 2 pakej tu THB1500 exclude national park fee yg kene bayar masa nak naik boat nanti.
Dekat restoran number 1 ni aku ternampak lak mamat ni tengah buat pancake. Adoi. pancake makanan benda yang aku paling nanti kan untuk datang ke Krabi ni. Order lah banana nutella satu dengan harga THB50. Rasa not bad, rangup. Tapi kene makan panas2, kalau dah sejuk, alamat nya macam kau makan roti canai sejuk je la jawap nya.haha!
| Banana + Nutella Pancake |
Next, kitorang terjah 7Eleven dengan family mart pulak. Macam2 ada wei. Kitorang nak beli adapter sbb tak bawak dari Malaysia and Mr. F pula tertinggal USB iphone dia. So beli lah set charger THB199. Berbaloi gak beli set ni. Tahun lepas masa kat Bangkok aku beli adaptor je dah THB200 kot. Lepas tu nampak pulak pencuci muka and syampoo kecik2 comey jer, beli lagi. Nampak susu pisang, beli lagi. 7E dia berlambak wei. Balik hotel , Mr. F terjumpa pulak wire USB dia, ingatkan tak bawak. So dia kata nak pergi pulangkan la set charger tu. Tapi satu je soalan aku tanya dia " U ingat ke 7E yang mana satu kita pegi beli tadi?" =.=*
![]() |
| ini la set charger dia. ada USB utk android, usb iphone, Thai adapter and car charger |
Ok done aktiviti hari first. balik hotel menapak sampai tingkat 4 then rehat kan diri.
Krabi 2nd Day and 3rd Day.
So long!




No comments:
Post a Comment