Sunday, 25 March 2018

BERCUTI KE KRABI 2018 ( DAY 2 )

Assalam dan hi!

Sawadeekapppp! Second day at Krabi. Harini bangun awal, pukul 6 lebih dah bangun. Sebab tak boleh nak tidur sangat, tempat baru kan. Pagi tu kitorang siap2 and just breakfast roti dengan tuna je dekat bilik. Hotel kitorang book tak include breakfast.

Pukul 8.30 ktorang tunggu dekat lobby sebab driver akan ambil kitorang untuk Island Hoping. Tour guide kat sini memang ambil tourist dekat each hotel. Dah termasuk dalam pakej. Kitorang naik van pegi pantai nak naik speed boat untuk Phi Phi Tour. Masa sampai dekat pantai ni, ramai dah orang kat situ. Lepas bayar National Park Fees THB400, kitorang dapat hand band warna pink, setiap group lain2 warna. So, korang kene stay dekat group masing2 and ikut tour guide korang.

Remember, see you today, not tomorrow!


Tour guide kitorang kata nama dia Angry Bird. haha. kata je English Tour Guide. tapi ada slang Thai. Ada kadang2 tak paham apa dia cakap. And dia cukup tekan kan, See you today, not tomorrow. Haha. Maknanya dia taknak ada yang tertinggal dekat pulau, and next boat akan datang esok nya. =p

Untuk Trip ni kita akan pergi 7 pulau, tapi bukan la turun kat setiap pulau pun. Kitorang turun dekat 3 pulau je, 2 kali snorkeling and 2 sightseeing. First pulau is Bamboo Island . SubhanAllah, cantik betul colour air dia. Tapi walau pun masih pagi, cuaca panas bak hang.

Air dia. Masya Allah.
Jejak jer pasir, fuh halus mulus.

Dekat sini , diorang bagi 45 minit untuk tangkap2 gambar and mandi manda. Waktu ni, mat2 minah2 salleh dah start bukak2 baju dah. Hmm.. sedap le laki2 cuci mata. Tapi makin lama, makin banyak boat datang, and sekejap je tempat tu rasa crowded dah. Bayang kan, boat aku je dah 35 orang, kalau sekali 10 boat dekat pulau tu..? *nanges*

Bamboo Island. Masa ni  baru berapa boat je dtg


Next pulau, kita pergi Viking Cave, seightseeing jer, tengok tempat orang ambil sarang burung layang2. sekejap je. Masa dalam boat, tour guide bagi kek pandan as snack. Air mineral boleh ambil as much as you want.

Viking Cave




 Lepas tu direct pegi Maya Bay. Yang ni diorang sibuk promote as tempat shooting Leonardo dedulu "The Beach". Aku pun tak tengok citer tu. Tapi sini punya pasir Masha Allah, halus gila. TAPI! punya la crowded dengan manusia. Masa kat sini dia bagi 45 minit jugak. Beach dia kecik jer. Lepastu penuh dengan boat. Ada ruang sikit kat tepi dia memang khas kan untuk orang mandi. Kitorang idok le nak mandi ramai2 gitu. Kitorang mampu berhuhu je lah sambil makan kuaci dekat bawah pokok.

Nah tengok ramai kan?

Since Maya Bay ni mcm taman negara (nak masuk sini la kene bayar National Park tu), ada mamat Thai approach kitorang minta rate kan pasal pulau ni. Of course aku bagi rating rendah, haha, sebab orang crowded sgt. Since terlalu banyak umat, macam mana nak tengok kecantikan pulau dia, automatik rate untuk pulau tu pun rendah! Sorry Leonardo.

Nak feeling Titanic kejap

Ok next, kitorang berhenti kat tengah laut untuk snorkeling. Aku tak turun pun. Mr. F je turun. Disebabkan boat ni besar, tak terasa pun dia bergoyang, so takde lah pening macam kita naik boat2 kecik tu kan. Nothing much Mr. F kata. Tak banyak ikan pun. Dissapointed lagi.

After that, ktorang pergi ke Monkey bay. tak turun boat pon. just berhenti tepi cerun (eh!) and ada monyet gayut 2,3 ekor. aku like what?! ini ke Monkey bay? setakat tengok monyet camni. Batu Caves banyak kot. Mat saleh selfie, tangkap gambar. aku seriously tak heran langsung.

Next stop. yeay. kita ke Phi Phi Island untuk lunch. Sini lagi boat crowded. kau bayang kan penuh boat kat tepi pantai tu but boat aku stil undur nak parking kat pantai. aku dah cuak dah. Sebab few weeks before aku pegi, ada boat terbakar dekat krabi. Yelah, mana kau nak parking, penuh oi. Guest what? dia still undur, and few anak boat lompat ke boat sebelah and diorang tolak boat tepi tu untuk kitorang punya boat space. Wow! Terbaik cara parking boat diorang.

Sampai Phi Phi Island, dia bagi masa 1jam 30minit untuk makan and mandi kat situ. Pantai sini cantik juga. Kat sini pun ada resort and macam penempatan sikit.Lunch secara buffet. So kita boleh ambil banyak mana kita nak. Ada nasi and 5 lauk. And spageti bolognese. Buah nenas and tembikai. Air kosong and coffee.Serius sedap wei. ( ke aku yang terlebih lapar?)

Jangan risau, Halal.

Kat sini ada kedai jual cenderahati. Alah, barang sama je macam kat pantai Krabi but a bit pricey. Kat sini jugak ada jual buah2 and aiskrim kelapa. satu cup THB 50. sedap makan waktu matahari mencanak atas kepala.
Aku tengok penjual sini semua pakai tudung , so takde lah kita ragu2 nak beli makanan kan.

Ok last stop, boat berhenti dekat satu tempat snorkeling, rupanya dekat je dengan pulau first pegi tadi.ceh! Hmm..ada la sikit ikan. Again, tak heran pun kalau tak turun.haha

Aiskrim kelapa. Must try. Sori pic gelap, berteduh sebab panas lit2!
Ok done Island Hoping. Balik hotel naik van besar panjang macam kat bawah. Lebih kurang pkul 4.30 sampai la kat hotel.
Konfius jugak ni bas ke lori ke.

Balik je pantai, ingat just nak beli makanan ringan and nak rehat dalam bilik dulu. Last terbeli makanan harga mcm makan dinner, haha! nak dekat THB300 utk teh ais 2, pad thai and bihun sup yang tak sedap. plus pulut mangga.

Lepas makan terus balik hotel rehatkan diri. Malam pukul 8 lebih macam tu baru kitorang keluar. Malam ni kitorang just jalan dekat kedai sepanjang tepi pantai  sambil survey2 tshirt and cenderahati. Jauh juga aku jalan tapi sebab asyik dengan cuci mata, tak sedar dah jalan jauh. Nak patah balik tu baru rasa jauh.

Masa ni dah pukul 10. Ayam2 da mula keluar. Haha. Yang ni pun aku excited nak tengok. Pondan2 mak datuk punya cantik, macam ala2 model. Pakai baju macam ratu cantik. Siapa nak bergambar dengan diorang boleh, lepas tu dia minta tips. Diorang lebih target Mat Salih , maklum lah rate duit diorang lagi banyak. Easy money bebeh! Aku awal2 dah tahu benda ni, aku lari la bila dia datang dekat. Sekali dia pegang tangan Mr. F. "Come come take picture". Cuak Mr. F. Dia kata kuat oh dia pegang. Jantan la katakan. Haha!

Then , apa lg, MASSAGE time! THB250 untuk kaki and kepala+leher.

Sedap oii! nak tertido rasa.

 Lepas tu baru lah boleh tido dengan tenang..hehe

See you next entry. Day 3 Krabi.

So long !

Saturday, 3 February 2018

BERCUTI KE KRABI 2018 ( DAY 1)


Assalam dan hi!

Yeay, mission accomplished! Honeymoon dengan Mr. F ke Krabi. Actually this is our first oversea trip as husband and wife. Sebelum ni pegi dalam Malaysia je. Kitorang pergi 29 Jan hingga 1 Feb 2018. Haa.. fresh lagi kan cerita aku ni.



Untuk entry Krabi ni aku nak pecahkan kepada 2 or 3 bahagian cerita. Ye lah, kalau combine semua jadi satu, mau nya berjela entry aku ni. 

Before pergi lagi aku dah survey blog blog yang bercerita pasal trip ke Krabi. But aku banyak baca yg trip tahun 2017 je. And sikit 2016. Tak kira la blog in Malay ke English, asalkan diorang dari Malaysia, memang aku baca. Sebab nak banyak kan tips and buat bajet berapa yang diperlukan. So, sebelum pergi tu memang dah rancang awal2 bajet and iternary dekat sana. And aku akan compare kan sikit2 apa yang aku baca dengan apa yang aku sendiri alami. Gittieww!

Untuk flight tiket, aku memang dah beli masa promo AA March 2017 lagi. Fuh, lama betul lah baru boleh fly. Hotel pulak aku book 3 bulan sebelum fly. Lepas survey2, aku pun pilih Aonang Top View Hotel. Sebabnya hotel ni memang dekat dengan pantai, jalan 100m jer dah sampai pantai. 

Ok. utk first day, flight ktorang pkul 5 petang. Cis, nama je first day. Tapi dah nak malam baru sampai Krabi. Waktu kat sana lambat sejam Ok. So, korang jangan lupa ubah waktu jam korang, or biasa phone akan auto ikut waktu kita dekat timezone mana kan.

Masa dalam flight , kakak baju merah dah bagi borang kecil untuk serah kat imegresen Thailand, so isi siap2 supaya tak lambat nak thru imegresen nanti. Macam kitorang, walaupun aku dah khatam blog trip Krabi, boleh pulak aku lupa pasal benda alah ni, and to the worst, tak bawak pen lak tu! Nasib baik masuk je airport tu memang ada tempat khas untuk isi borang tu, tapi kene la tunggu turn untuk guna pen.

Lepas da thru imegresen, Welcome to Krabi!

Keluar je arrival hall tu, terus ada yang memanggil manggil nak offer service. Sebelum ni, bloggers lain kata beli simkad telco DTac untuk pelancong, tapi bila aku try cari tak jumpa pulak. Jadi pegi je lah satu kaunter hijau ni, betul2 depan arrival gate tu terus je. Adik tu boleh cakap Melayu, so dia kata THB 100 je unlimited internet ,nak call baru kene topup . Wah, biar betul. Murah diknon. Terus aku beli. haha. Nama telco ni AIS, tema warna hijau. And yes sepanjang 4 hari kat sana memang boleh pakai unlimited siap buat hotspot dengan Mr. F. Dekat hutam emerald pool tu pun dia cover. Cuma dekat certain pulau je tak ada service. 

Telco AIS for traveller

Diorang tolong masukkan simkad baru and aktifkan. Kat situ jugak dah boleh guna internet. Wohoo!
Perhatian ye, simkad Malaysia kita dia tampal kat belakang fon tau. Dia tak bagitahu and aku pun lupa. Dah on the way ke Aonang baru teringat, nak nangis aku kalau betul2 tertinggal kat sana. Masa nak bukak casing baru ternampak dekat belakang fon, dia tampal simkad tu dengan salotape.*sigh*

Lepas beli simkad baru kitorang ke kaunter tiket transport ke Krabi. Dekat situ ada 3 kaunter yang tawarkan untuk pegi Aonang. Since kitorang ni berdua je, kami ambil van yang campur2 tu ke Aonang. Tiket THB 150 seorang. Untuk trip ni, syukur Alhamdullilah kebanyakan budget yang bloggers lain cakap tu still same price masa aku pegi. Masa nak naik van tu, just cakap je nama hotel and dia akan hantarkan kitorang ke hotel masing2.

Aku suka van dia, rasa macam van VIP gitu.

Sampai Aonang dah pukul 7, terus kitorang menapak ke Aonang Top View. Sebelum pergi aku dah guna google street view untuk tengok jalan hotel ni. Tapi since dia ke dalam sikit, so tak nampak lah dekat google. Masa hari kejadian, terkejut jugak la sebab hotel tu kene naik bukit sikit. Worst lagi, aku dapat bilik tingkat 4! Takda lift oi! Gigih la aku 4 hari turun naik tingkat 4. Tapi saiz bilik ok, selesa. Ada aircond dan kipas. Ada balkoni boleh sidai baju. TV dia kadang ada suara, kadang bisu. haha. takpa lah, aku bukan datang nak tengok TV pun kan. Basic facility ok lah. Tapi tak sedia kettle and iron. Nak air panas kene pergi minta dekat hotel kitchen kat bawah. Iron memang takda , tapi pihak hotel boleh hantar kan ke laundry untuk iron, berapa tah harga, tak ingat. So, tudung aku memang tak ber'iron' lah masa dekat sana.

sumber google. bukan bukit ni yang aku ckap kan..
sebelum ni ada real bukit. ah korang pegi tengok sendiri =P


Lepas dah siap rehat semua ktorang turun balik dalam pkul 8 lebih gitu. Kitorang nak dinner and cari package untuk next2 day. Bloggers lain kata makanan dekat area beach lebih mahal compare to area masjid Aonang. And yes, betul. So kitorang nak cari makan memang arah bertentangan dengan pantai. Dekat 800m jugak lah berjalan nak cari kedai makan yang ada tanda halal. Sambil2 tu mata jeling2 package tour dengan massage yg ada dekat sepanjang jalan.




Malam tu kitorang pilih untuk makan dekat restoran Firdaus. Aku memang bajet nak makan goreng2 jer malam tu. So order la nasi goreng seafood dengan nasi goreng tomyam. Air lak jus epal dengan air kelapa. Not bad la rasa dia, biasa je mcm rasa makan kat Malaysia. haha. Total makanan THB320.

Lepas makan kitorang sambung lagi jalan lagi ke depan nak cari pakej tour. Kitorang da set in mind nak carik orang yang bertudung jual pakej tu. Ada la 3,4 booth kitorang singgah. Lastly sampai kat depan restoran Number 1. Ada sorang adik ni cakap melayu kelantan. Harga Phi Phi Island THB900 tak masuk National Park fee THB400. And kitorang ambil sekali pakej Emerald Pool THB700. Since kitorang ambil 2 pakej, aku minta la kurang sikit. Dapat kurang THB100. So 2 pakej tu THB1500 exclude national park fee yg kene bayar masa nak naik boat nanti.



Dekat restoran number 1 ni aku ternampak lak mamat ni tengah buat pancake. Adoi. pancake makanan benda yang aku paling nanti kan untuk datang ke Krabi ni. Order lah banana nutella satu dengan harga THB50. Rasa not bad, rangup. Tapi kene makan panas2, kalau dah sejuk, alamat nya macam kau makan roti canai sejuk je la jawap nya.haha!

Banana + Nutella Pancake


Next, kitorang terjah 7Eleven dengan family mart pulak. Macam2 ada wei. Kitorang nak beli adapter sbb tak bawak dari Malaysia and Mr. F pula tertinggal USB iphone dia. So beli lah set charger THB199. Berbaloi gak beli set ni. Tahun lepas masa kat Bangkok aku beli adaptor je dah THB200 kot. Lepas tu nampak pulak pencuci muka and syampoo kecik2 comey jer, beli lagi. Nampak susu pisang, beli lagi. 7E dia berlambak wei. Balik hotel , Mr. F terjumpa pulak wire USB dia, ingatkan tak bawak. So dia kata nak pergi pulangkan la set charger tu. Tapi satu je soalan aku tanya dia " U ingat ke 7E yang mana satu kita pegi beli tadi?" =.=*

ini la set charger dia. ada USB utk android, usb iphone, Thai adapter and car charger 

Ok done aktiviti hari first. balik hotel menapak sampai tingkat 4 then rehat kan diri.

Krabi 2nd Day and 3rd Day.


So long!



Sunday, 21 January 2018

Si Pencuri Nama

Assalam dan hai!

Again, setelah beberapa tahun, aku bukak lagi page ni.. And guest what? Masa aku google Lady Gugurl, keluar pulak blog lain.. And also, page tu macam sensored sikit. Cis! rasa macam tercalar pulak image kita ni kan..

So, since nowadays aku rajin search around, plus aku pun dah kahwin, aku tukar la segala jenis mak nenek yg ada dalam blog ni, system, layout, name, and URL blog pun aku tukar. Taknak lah aku sama nama dengan perempuan tah mana tu.. AND its not ME ok! Takda makna nya aku nak buat semua benda tu.

TARAAAA.. new name as for me. Mrs Anne. yes nama depan aku huruf N, so ni kira macam re-branding lah ni.. chewah..


Bila tengok blog orang kan, rasa best nya nak tulis blog sendiri, tapi bila time nak menulis tu. alahai, bukan nya rajin pun -.-*

*Tarik nafaas*

Phew!

So long!

Saturday, 12 January 2013

tengok dan belajar

Assalam dan hi!

      (senyum lebar) hee.. awal2 dah senyum lebar plus malu2 kucing.. yelah kalau citer pasal bab2 gini nanti kang orang kata kita gatal.. muda2 da berangan benda2 macam nie.. well hello.. this year aku 23 tahun dah ok!

       today ada orang datang merisik my cousin kat sebelah rumah.. hee.. aku pulak yang excited.. =p tapi aku tak pulak pegi tolong sediakan or masak2.. mak aku je lah yang tolong.. lagi pun diorang datang 1 kereta je.. bukan nak datang dengan rombongan bagai nye punn kann...

        masa mak aku nak pegi sambut orang tu datang tadi aku sempat cakap kat mak aku;-

   "mak..tengok taw.. belajar.. kita punya lagi 3 tahun.. =p "

hahaha.. mak kata buat ape nak belajar2.. dia da biasa pegi merisik, bertunang nie.. bak orang kata.. jadi 'orang kuat'.. tadi pun mak tolong2 bincang sekaki.. aku kat dapur dengar2 jugak lah suara mak aku (kuat kan suara dia?)

     ok..majlis merisik tu pon da selamat dah..alhamdulillah RM11, 111 itu lah wang hantaran yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.. chewah.. bila tengok cousin aku time bakal mak mertua dia sarung kan cincin.. hamboi.. hamboi.. hamboi.. merah muka dia.. malu lettewww.. haha.. yelah kan semua mata duk pandang kita je kan.. nak2 pulak bakal mak mertua pulak kat depan mata.. control2.. teehee..

        bila orang usik2 aku kan and tanya bila giliran aku.. aku selalu jawab lama lagi.. but Alhamdulillah.. my Boo da start boleh bincang pasal kahwin dengan aku (dulu dia kata lambat lagi).. bila dah boleh bincang camgini aku rasa kitorang da move on to next step iaitu merancang.. (senyum lebar lagi)

        bila aku jawab lagi 3 tahun,, orang kata "mak ai.. lamanya.." hee.. sabar.. ada jodoh, bersatu jugak.. kalau kita rancang nak kawin lagi sebulan but jodoh nya takda.. tak kemana jugak kan..


so kena la bersabar.. ye dak? ^.^

so long!


Friday, 11 January 2013

My First Interview

Assalam dan hi!


     hewhew..at last.. ada jugak rezeki interview untuk aku setelah beberapa bulan duk rumah nie.. yelah.. atas sebab tertentu.. aku kene carik kerja kat melaka je kan.. so kene la sabar menunggu.. melaka nie bidang aku kurang sikit.. overall yang aku tengok.. company besar2 kat sini more to semiconductor n elektronik bagai...

       aku dapat call for interview pagi semalam.. apa lagi.. menggelupur la ready kan apa2 yang patut.. sijil2, potostat, gambar.. maklum lah.. first interview.. (padan muka! awal2 taknak siapkan kan) tak lupa juga ready untuk question yang akan diorang tanya nanti.. nervous gila time nie~~

        pagi tadi aku bangun awal gila.. plus kena hantar adik aku pegi skola sebab dia kene tinggal ngan bas.. so pagi2 lagi aku da sambung study apa yang patot.. interview aku pukul 10.30 pagi.. so aku cam relax je.. company tu pon tak sampai 10 km dari rumah aku.. so steady lagi..

          masa nya pon tiba.. aku drive sorang pegi sana.. masuk2 je lobby da ade 2,3 orang calon lain tengah tunggu giliran.. dup dap dup dap habis jantung aku nie.. muka yang lain aku tengok macam confident gila.. nak dekat sejam jugak lah tunggu.. akhir nya sampai giliran aku..

          masuk2 bilik tu.. 4 jejaka dah tunggu aku.. 1 malaysia.. 2 indians, 1 malay and 1 chinese.. :) they are very friendly and told me to be comfortable during the interview.. so aku macam sedikit lega jugak la kan.. aku mula2 jawab smooth je.. bila tang part experience je.. gulp! aku lupa revise! da la takde pengalaman (since aku xde intern).. fyp (final year project) pon aku lupa! hape lagi.. bantaikan aje lah.. aku jawab mane yang ade je.. huu..

         for me, interview yang nie best jugak lah.. even aku nervous and jawab kadang2 gagap (cakap omputih..bese la) but aku rasa selesa je jawab ques diorang.. owh,, rasa macam nak terjatuh cinta  je ngan interviewer tu.. dah la macho, pangkat tinggi lak tu.. hee.. <3

              tapi aku rasa macam harapan aku tipis jek untuk position nie (analytical chemist).. sebab aku rasa candidates yang datang tadi macam.. wow diorang nie bukan calang2.. ade yang tahap master taw.. even so.. dia suroh tunggu 2 weeks to know the answer.. sabar je lah ye dak.. ade rezeki.. ade lah.. kalau memang bukan rezeki kita.. nak buat macam mana kan.. smile ;)


so long!
     

Wednesday, 9 January 2013

mari berbahasa inggeris

Assalam dan hi!

okay..today aku rasa nak speaking london sikit lah.. bukan apa.. aku selalu jugak la baca blog orang laen.. sometimes jumpa yang in english pon aku baca jugak..

   even they wrote in english, their story still interesting and aku rasa mamat or minah nie cool gila.. bukan apa.. they have their own way to write.. eventhough dyorang bukan berbahasa ibunda.. kira ade style lah.. wah.. gitu.. :)

     dengan cara nie, we can improve our english kan.. well, aku punya english pon macam suam-suam kuku jek.. :) so memang seswai sangat for people like me..

    soon..i want to try it too.. :) even tak full version.. rojak-rojak pon ok kan.. tehee..

so long!

Saturday, 5 January 2013

Fear Factor Celebrity Malaysia

Assalam dan hi!

rase nye belom lambat lagi kan nak ucap selamat tahun baru.. hee.. anyway.. baru ke lama ke.. sama je bagi aku.. takde makna nye nak pi sibuk2 celebrate new year bagai.. tak kuasa mak jemah.. neway.. bukan nak citer pasal new year pon okay..

nie ha.. nak cakap pasal Fear Factor Selebrity Malaysia.. haa.. pogram nie dah mula minggu lepas kan.. but hari nie baru aku dapat tengok dia ulang balik minggu lepas punya..

 ok.. ini dia punya pengacara Aaron Aziz. hurrmm.. aku tertanya-tanya kenapa lah si AA nie terpilih jadi pengacara program nie yer? sebab dye fofuler kah? sebab badan dia yang 'sedap2' tu kah? okay2.. aku tawu la faktor pilih pengacara pon penting.. tapi bila aku tengok gaya dia mengacara tadi macam kureng lah.. mungkin nie baru first time dia mengacara.. okay2 skali lagi.. kita bagi dia peluang.. tengok dia punya performance nanti macam mana.. hee.. :) tapi kalau aku lah kan.. aku akan amik FBI yang jadi pengacara.. even dia tak macho tapi suara dia and cara dia handle program lebih memikat aku rasa.. program nie pon bukan calang2 kan..

             

       kalau kita tengok pulak peserta2 selebriti kita nie kan.. aku tak tawu lah macam mana diorang nie pilih peserta.. berdasarkan kelayakan ke or dasar maen hambik saja.. asal kan ada market.. ok aje..tapi bila aku tengok performance diorang kat episode 1 and iklan dia.. not bad lah diorang nie..

        baru episod 1.. roslan shah and azam pitt dah keluar.. azam tuh boleh tahan handsome jugak lah.. tapi part roslan shah la.. dia jenis gayat tempat tinggi.. pastu boleh pulak cakap.. "harap simpan la saya kali nie.." sebab nampak sangat dia macam nak cuba sekali lagi.. tapi ape boleh buat.. da adat game kan.. menang-kalah..

        pape pon.. program fear factor nie kira interesting jugak lah.. berbekalkan pengacara yang handsome lagi macho plus peserta2 lelaki dia yang muda2 and jambu2.. tersenarai jugak lah program nie dalam list kita untuk aktiviti hujung minggu kan.. :)













so long!

Sunday, 2 December 2012

Gelombang Merah..



Assalam dan hi!

   ehem..ehem..tajuk macam nak cerita pasal politik jaa.. tidak tidak...tidak sama sekali.. no politic here.. just nak cerita yang aku pegi PWTC semalam je..hee..:)

  macam yang kita tahu.. perhimpunan agung UMNO telah berakhir semalam.. ye..aku pegi semalam..so kira aku pegi last day lah.. orang punya lah ramai memang x payah cerita lah kan.. anyway.. aku nie bukan lah semangat politik pon nak pegi.. cuma aku nak tengok or lebih dalam sikit..aku nak 'feel' (aiceh!).. kira macam datang konvensyen2 giteww...

     aku pergi naek bas.. ala-ala rombongan cik kiah.. naek bas sekolah pulak tuh..huh! tapi takpe.. sekali-sekala best jugak rombongan2 gini.. awal-awal lagi dah kena tunggu kat japerun Paya Rumput.. ye lah.. kang takot kena tinggal pulak kan.. maka bermula lah rombongan cik kiah kami..


     di pendek kan cerita.. sampai sana dalam pukol 10.30 pagi.. bese lah dengan banyak kereta lagi.. lepas tu kalau da name nye rombongan.. tak berenti minum2 memang tak sah!

     masa sampai sana..rasa macam teruja jugak lah..tak penah pegi PWTC woo... =.=* jakun lah sekejap.. but managed to stay cool.. kontrol cun..hee..:)

     pagi2 lagi dah berduyun2 orang datang.. and mase sampai tu pon persidangan tu dah start da.. but its okay.. misi aku bukan lah datang nak dengar orang bersidang pun.. aku nak jenjalan je.. hee..:)
datang pon dengan mak-mak orang (termasuk mak aku)..maka ikot je lah diorang nih..

biasa lah..kalau dah niat pon bukan nak bersidang.. jadi meluru je masing2 ke gerai jualan.. seeerraanggg....


                                        
     Meriah...    
  

Nampak tak lelaki yang kat dinding tu.. tapi bukan nak cakap pasal dia.. yang bertudung belakang dia tu.. sebenar nya jantan! kalau tengok kat situ macam2 ragam penjual2 kat sini.. yelah.. nak kasi laku jualan.. ada yang jantan jual2 kain sambil lilit2 kat badan.. kalau yang jual tudung pulak siap pakai tudung.. hadoi! plus.. ada yang terjerit2 melelong baju2.. haru!

                                                         
tengok! 5 helai RM 100!!
Lelong..lelong.. berlambak2 kain,baju, tudung.. beribu warna, bermacam gaya! :)

                                 
                              makcik nie nak beli ke termenung??


okey! enough la tuh.. bukan ada apa pun..mostly jual pakaian.. baju, tudung, songket,sampin.. ala.. apa nak buat beli kain baju kurung.. aku nie tunggu pegi majlis kahwin or majlis sopan2 je baru aku bukak lemari carik baju kurung.. bazir je beli.. but i grab one! hee..:) gerai makanan macam kek or air adala 2,3 gerai je.. and 2,3 gerai minyak wangi.. huh! bosan.. totally meleset dari apa yang aku expect.. :(

tapi kat ground floor ade booth2 jugak.. but all these booth jenis corporate (aiceh!) punya.. macam PSNB, TNB, kementerian perumahan, Perodua, RTC and ade lah beberapa lagi yang aku tak sebut.. ingat kan kot2 lah ade selit2 tawaran kerja kosong ke.. ceit! harapan lah! :( ok next! 

mari kita tinjau2 gelombang merah nie pulak..

ramaikan? ok..sila jgn tertipu..itu gambar sahaja..:)


sebenar nya.. hanya orang yang dipilih sahaja yang dibolehkan masuk ke dewan bersidang.. yang berpusu-pusu datang dengan rombongan cik kiah nie duduk luar je pon.. sambil ngabeh kan duit bershopping.. see.. tapi dengar jugak persidangan tu..
    dah penat2 shopping.. duduk lah kat mane2 sahaja ruang yang boleh duduk (asalkan tak menghalang orang nak jalan). anda juga boleh menyaksikan siaran langsung persidangan kat skrin2 yang disediakan..



penat lah nak cerita lagi.. nak balikk.. orang tak habis bersidang lagi dah gerak balik. tu pun dah pukol 4.. on da way balek.. jam tak payah cerita lah.. macam rombongan beramai2 menuju arah selatan.. end up sampai melaka pukol 8 tahu!

sangat penat but its nice experience one!

so long!







Friday, 30 November 2012

menghitung hari-hari

assalam dan hi!

hadui..naseb baek masih ingat url blog ini tawu..hampir lupa dah..hangin malas menaip bertiup cukup lama.. yang ini tak tawu angin apa pulak tetiba rajin nak taip2.. angin sepoi-sepoi bahasa agaknya..

   ini pon agaknya dah takda kerja sgt dah (err..memang x bekerja pon..;p) huh? sangat bosan ok! hari-hari kerja ku buat benda yang sama.. bangun tido dah ler sampai tunggu mak panggil.. lepas tu terus carik makan (gosok gigi dulu yer) haha..belom pape dah carik makan.. sebab hari2 kat umah.. so breakfast pon dah sampai tak tahu nak buat apa.. cekodok sudah.. nie time budak cuti sekolah.. kadang2 rain jugak mak buat nasik goreng.. :)

    lepas tu kemas apa yang patut.. adik bradik ramai.. sepah nye.. hadui.. kena jerit2 baru reti nak kemas.. sapu2 rumah..basuh baju yg membumbung..lagi ape yer?? alah..keje2 rumah lah..

   tup tup tengok2 da pukol 12.. haha nampak sangat aku buat keja sambil lewa.. alah.. bukan ade ape pon nak kena cepat2 kan kan..:) then tolong mak masak..kadang2 tu aku masak jugak..alah.. yang simple2 macam sambal tu boleh lah.. kalau masak asam or masak lada..belom ku penohkan ilmu itu di dada..huu

    lepas masak.. tengok tv.. sebab maria clara or cite indon tu da abes..so aku tak layan dah cerita2 kat tv.. cuma mak kadang2 bukak cite Budoy kat Astro tu.. hah..time waktu petang nie aku suka..ada geng maen saidina.. kikiki..sapa lagi kalau bukan mak and adik2 aku..huu..

    maen jugak lah dua tiga round,. then masing2 berterbangan pegi kuar memain..tinggal la aku ngan mak kat rumah.. bese nye aku apa lagi..online lah.. sampai la magrib..

malam pulak,,habiskan masa depan tv je..sampai lah pukul 11 or 12.. den baru masuk tido..

tapi aku selalu jugak kuar jenjalan ngan mak..samada beli barang or just ngabees kan duit,..hee..


bosan x??haha..kalau baca pon da bosan.. aku yang lalui hari2 nie lagi lah bosan!


so long!

Tuesday, 25 September 2012

aku...ppppeengangggurrr..

Assalam dan hi!

         kabare semua??hihi.. macam lah ramai yang nak bace blog aku nie kn..isk3.. stop! drama pulak dah.. haha..lantak lah ade orang nak bace ke idak.. aku sekadar nak menulis je apa yang aku rase sekarang nie..

          pengangur?tanam anggur? yep.. itu lah aku.. cuma aku idak le nanam anggur.. blakang umah tanah keras bedengkang camne la nak tanam anggur nye.. ok.. ye memang aku tengah duduk rumah goyang kaki je selama 2 bulan nie.. keje aku makan, tido, merayap dan menghabiskan duit mak aku..hee..;)

          bukan ape.. sebenar nye aku nak sambung master.. tapi disebabkan masalah tertentu.. aku terpaksa lupakan niat tuh.. mungkin takde rezeki.. aku skang redha.. isk3 lagi!

            mungkin atas sebab tu jugak aku macam hilang arah kejap (takde la kejap sgt 2 bln tuh)... aku cam takde semangat nak carik kerja.. resume pon baru je siap.. tuh pon setelah tiru2 sikit org laen punya resume.. hehe.. but aku ade la apply 2,3 keja.. nak gi interview pon rasa seram sejuk.. hee..

           yeah..memang aku akan dpt degree.. tapi ape yang aku takot kn ialah.. company tuh high expectation kn aku.. ish..aku fresh grad kot.. internship pon takdak.. so jangan la high sangat kn..scary woohh..

           but..mudah-mudahan..ada rezeki untuk aku..yelah..sadis tak dapat continue master..doakan aku ye!

so long!

Tuesday, 1 May 2012

~~roommade steamboat~~

assalam dan hi!

       selamat hari pekerja! syok nye melepak seharian...haha.. macam orang bekerja pulak.. padahal numpang cuty je.. tapi leceh jugak cuti2 nie..duk memerap dalam bilik je.. nak pegi beli makanan pon malas.. haih.. kalu mak aku tawu nie.. mampus kene bebel.. nak makan pon malas..hee...;)

         takpe lah.. malam tadi da makan banyak gila.. anyway x plan pon nak makan reramai nie.. tetiba ja afta zohor semalam tekak ase nak makan steamboat buat sendiri.. before dis penah buat jugak dengan my other bestie.. tapi nie nak buat dgn bestie yang laen pulop,..

          afta dat idea came.. terus plan nak beli ape n nk campur apa.. plus waktu kelas pon just tengok orang present slide je.. memang harem la nak dengar dyorang bentang ape kan..kehkehkeh..;p  after kelas.. two of my bestie rempit pegi giant beli barang.. aku pulak masok lab.. almaklum lah.. lab tak settle lagi kau... hadeh..=.=*

            den.. afta magrib setat la ktorang punya ala2 kenduri kendara.. riuh bilik tuan rumah.. haha.. barang yang dyowang beli.. mak datuk.. macam nak makan 10 org ok! den start2 lah potong2.. nak wat kuah tomyam kitorang pkai pes n kiub je.. tapi budak2 nie siap la beli bawang, serai, tomato n daun limau bagai.. da orang beli kn... campak aje lah dalam kuah tu.. hoho..

           afta sume da semayang isyak.. baru la acara makan2 bermula.. sume lapar beb!


oho.. banyak tangan2 yang memasak.. memang mcm2 la perisa nya..
menu : steamboat kuah tomyam, salad mayo , buah2an


                                    siyes banyak gila! bekas merah itu adalah sebahagian dari rak sebenarnya..

mula2 makan memang masing2 macam orang kebuluran.. kuah panas pon bedal jugak.. tak kurang jugak yang feeling2 korea.. depa kan makan benda panas2 ginie.. den baru sparuh dari bekas merah masing2 da surrender..

  at last, bagi kat boyfie tuan rumah 1 tupperware.. den rezeki datang lagi.. ade orang sudi nak bagi puding triffle pulop,, yang pelik nya.. masing2 still ade selera lagi nak ngap triffle tuh.. uhuh..sedap woo.. kek dia bukan sebarang kek.. kek apolo.. haha.. patut lah ade krim2..

  kenduri abes nak dekat pukol 12 jugak lah.. but memang owesome gila.. sekejap je plan.. then terus jadi.. trima kasih lah kat bestie2 ku yea..

   aku memang appreciate gila lah kenduri semalam.. kitorang dah lama gila tak lepak sesama.. yang nie pon ada sorang lesap pasal balek rumah.. anyway.. 1 more memory created.. thanx a lot guys.. luv u all a lots.. mmuuaaahhhxxx!!

so long!

Friday, 20 April 2012

hello peeps..

assalam dan hi!

   fuh..bersarang lagik aku punye belog..arituh (berbulan sbenarnye) kata nk update selalu..tapi haremmm..
tak tahu lah..aku nie tengok mood jugak nak menulis and merapu nie..macam skang nie ha..aku ase nak conteng2 sikit kat wall nie..tu yang rajin aku nk taip nie..anyway xde ape pon nk tulis..just random words je..

n some pics..hee...





dari gambar je da paham kan??so x payah la aku nak citer panjang2 kan..lagipon pnjang sgt kalau nk citer..siyes nih! sbb trip aku tu seminggu..so x payah la citer..huhu..

so long!

Saturday, 12 November 2011

yee.....skali lagi slAmaT Ari Raya...

Assalam dan hi!

      hik3...lagik skali da raya baru aku come up wit new post..haha..lame gilak aku tak bukak belog aku nie..hee..bukan melupakan..tapi terlupa...hee...busy actually..

      hee..biase lah..orang dah final year nie..busy woo ngan final year project (FYM)..sampai takdak mase nk bukak belog..hee..alasan..takde lah..arinie aku rasa macam nak coret sesuatu kat ruangan nie..walaupon takdak idea asal ato motif untuk menulis..tapi ghasak lah..

       anyway...aku slalu gitu..ada benda yang ase nk tulis...but slalu end up dengan ase benda tu tak penting untuk ditulis..and aku tak rase nak share kat belog nie pon..tapi juz now..aku rase aku nak share je sume..lantak lah..personel life ke..benda mengarut merapu ke..aku akan share jugak bagi mengisi masa lapang aku..sebenar nye aku skang nie ngah kebosanan..tak tawu ape nak buat..nak stdy malas..walaupun next week ade 2 test yg sedang tunggu..well..budak2 study last minit mcm aku nie memang gtu..takdak rasa insaf langsung...hee...

so long!